Featured

    Featured Posts

10 Tips Beli Rumah Pertama Baru Di Malaysia Perlu Tahu



Hartanah Untuk Dijual

Johor

Gelang Patah

Pahang



Kalau korang rasa yang umur dah makin tua, dan anda dah tak larat nak menyewa. Jadi anda bercadang nak miliki hartanah. Anda ada dua pilihan:
  1. Beli rumah subsale, juga dipanggil sebagai rumah second hand.
  2. Beli rumah baru, juga dikenali sebagai rumah undercon.
Kali ni, kita akan fokus pada rumah baru. Artikel ini akan menerangkan perkara-perkara yang anda perlu ambil kira dalam membeli rumah baru.
Di hujung artikel ini, kami akan ringkaskan kelebihan dan kekurangan membeli rumah baru buat rujukan anda. Sekarang, jom kita mula!

1) Tentukan Kemampuan Kewangan

“Kalau gaji RM3,000 boleh beli rumah macam mana ni?” Selalunya inilah soalan pertama yang orang akan tanya.

Anda boleh gunakan pelbagai kalkulator di Internet untuk menjawab soalan ini, contohnya:
  • Affordability Calculator: Masukkan gaji serta komitmen bulanan anda, dan anda akan dapat jumlah pinjaman yang berpadanan dengan kemampuan anda.
  • Home Loan CalculatorKalau anda dah tahu jumlah pinjaman dan berapa puluh tahun kena bayar, kalkulator ni akan kira berapa banyak anda kena bayar setiap bulan.
Senang cerita, pinjaman rumah anda tak patut melebihi satu pertiga (1/3) gaji kasar.
Jadi kalau gaji anda RM3,000 sebulan, anda tak sepatutnya membayar lebih daripada RM900 sebulan untuk pinjaman perumahan.
Ada banyak kos lain dalam membeli rumah yang anda perlu ambil kira termasuklah bayaran wang pendahuluan/downpayment, kos guamanduti setemMemorandum Of Transfer (MOT), dan banyak lagi.
Di sini, kami sediakan beberapa tip untuk berjimat dalam membeli hartanah:
  • Anda boleh keluarkan duit KWSP (Akaun 2) untuk membantu membayar pinjaman.
  • Tengok inisiatif kerajaan seperti PR1MAPPRRUMAWIP dan Rumah Selangorku.
  • Kalau anda berstatus bumiputera, perhatikan manfaat seperti lot bumiputera, kuota bumiputera, dan diskaun bumiputera.
  • Ada sesetengah pemaju yang menawarkan pelbagai pakej, rebat pembeli awal, rebat bumiputera, Internet percuma, perabot dan peralatan elektrik percuma, serta banyak lagi. Jadi jangan segan nak tanya ejen!
Kena munasabah diri akan apa yang mampu anda miliki berdasarkan rezeki bulanan yang anda dapat.
Gaji ni bukan untuk rumah je, tapi nak bayar bila kereta rosak, nak beli lampin dan susu anak, pendek kata semua komitmen kewangan anda.

Cuba Peraturan 3-3-5 Untuk Kira Kemampuan Anda Beli Rumah!




Bagaimana nak buat pilihan terbaik ketika beli rumah? Kebanyakan daripada kita bimbang akan tersilap percaturan, maklumlah bukan sedikit wang yang dipertaruhkan dan ia adalah komitmen seumur hidup.
Memandangkan ia adalah keputusan besar dan mahal, kenalah sangat berhati-hati apabila membeli rumah. Lebih mahal – lebih besar! Mungkin itu rumah yang diidamkan, namun adakah ia pilihan terbaik untuk anda?

Beli Ikut Kemampuan Sekarang, Bukan Masa Depan

Hidup sentiasa berubah, begitu juga dengan situasi kewangan anda. Ia mungkin akan bertambah baik pada masa hadapan atau sebaliknya.
Sebab itu, kalau anda beria-ia hendak membeli rumah, beri keutamaan pada rumah yang memenuhi keperluan semasa, walaupun ia bermakna anda harus memiliki rumah yang saiznya lebih kecil.
Jom lakukan perbandingan mudah! Lihat apa yang mampu dimiliki dengan mengandaikan gaji kasar bulanan anda adalah sebanyak RM6,000.
Oleh kerana pendapatan anda akan mempengaruhi jumlah pinjaman gadai janji, katakan jumlah baki bulanan gaji anda hanya tinggal kira-kira RM3,000 selepas membayar pinjaman dan keperluan lain.

Anda akan menggunakan baki RM3,000 untuk pembayaran semula rumah, jadi jika anda membeli rumah A, masih ada lebihan wang sebanyak RM1,818 sebulan, sementara rumah B hanya memberi lebihan sebanyak RM635 sebulan.
“Kenapa saya perlu pilih rumah kecil sedangkan saya mampu membeli yang lebih besar dan bagus? Saya yakin akan mendapat kenaikan gaji, jadi sudah tentu saya mampu!”
Kami bukanlah mahu memperlekehkan anda, tetapi sejauh mana anda pasti tentang kenaikan gaji itu? Kecuali anda adalah pemilik syarikat dan punya kuasa mutlak untuk mengawal semua hal kewangan syarikat. Jika tidak, anda sama seperti pekerja lain, menunggu gaji bulanan.
Tidak dinafikan, rumah mewah boleh membuatkan ramai yang terpesona, tetapi apalah ertinya jika anda perlu menyalakan lilin di waktu malam semata-mata untuk menjimatkan bil elektrik.
Ini bermakna, anda telah menjerat diri dengan sifat tamak haloba dan materialistik.
Namun, perlu diingatkan, membeli rumah mampu milik bukanlah bererti anda harus memilih yang paling murah!
Pilihlah rumah yang sesuai dengan kemampuan, memiliki kriteria yang anda mahukan seperti lokasi, kemudahan, dan keselesaan untuk setiap penghuni.

Anda akan menggunakan baki RM3,000 untuk pembayaran semula rumah, jadi jika anda membeli rumah A, masih ada lebihan wang sebanyak RM1,818 sebulan, sementara rumah B hanya memberi lebihan sebanyak RM635 sebulan.
“Kenapa saya perlu pilih rumah kecil sedangkan saya mampu membeli yang lebih besar dan bagus? Saya yakin akan mendapat kenaikan gaji, jadi sudah tentu saya mampu!”
Kami bukanlah mahu memperlekehkan anda, tetapi sejauh mana anda pasti tentang kenaikan gaji itu? Kecuali anda adalah pemilik syarikat dan punya kuasa mutlak untuk mengawal semua hal kewangan syarikat. Jika tidak, anda sama seperti pekerja lain, menunggu gaji bulanan.
Tidak dinafikan, rumah mewah boleh membuatkan ramai yang terpesona, tetapi apalah ertinya jika anda perlu menyalakan lilin di waktu malam semata-mata untuk menjimatkan bil elektrik.
Ini bermakna, anda telah menjerat diri dengan sifat tamak haloba dan materialistik.
Namun, perlu diingatkan, membeli rumah mampu milik bukanlah bererti anda harus memilih yang paling murah!
Pilihlah rumah yang sesuai dengan kemampuan, memiliki kriteria yang anda mahukan seperti lokasi, kemudahan, dan keselesaan untuk setiap penghuni.

Rumah Mampu Milik Juga Satu Pelaburan

Bagaimana pula hartanah mampu milik merupakan satu pelaburan, terutama jika ia tidak berada di lokasi / kejiranan yang bagus, atau terlalu kecil untuk didiami oleh sesiapa?
Nah, ia sebenarnya terletak pada wang yang disimpan, dan bukannya pada hartanah itu sendiri. Faham kan?
Merujuk kepada contoh rumah A dan rumah B di atas, dengan gadai janji bulanan yang lebih rendah, anda boleh menyimpan lebih banyak wang untuk diri sendiri atau pelaburan – manjakan diri dengan makan malam yang sedap-sedap atau kembangkan portfolio pelaburan anda!
Apabila anda membeli rumah yang melebihi kemampuan, anda akan terbelenggu dengan urusan pembayaran dan penyelenggaraannya, menyebabkan potensi pelaburan anda menjadi terhad.
Ingat! semakin sedikit perbelanjaan anda, semakin banyak wang yang boleh anda simpan!
Sekiranya anda jenis yang suka menabung untuk urusan tak terjangka, jumlah wang simpanan pasti sudah lebih daripada cukup untuk hal-hal kecemasan.
Bonus juga kalau anda boleh bersara lebih awal dan menjalaninya dengan gaya hidup mewah sebab banyak simpanan dan pelaburan!


Apakah Peraturan 3-5-5 Hartanah?

Selain daripada menganggarkan kos asas untuk membeli rumah, ada tak cara lain untuk mengira jumlah ideal yang harus dibelanjakan untuk memiliki sebuah rumah?
Kalau anda terfikir benda ni, anda memang bijak, sebab jawapannya, ADA!
Salah satu kaedah popular ialah peraturan 3-3-5 yang menjadi kegemaran warga Singapura, malah disahkan oleh CPF (KWSP versi Singapura!).
Peraturan 3-3-5 ni adalah garis panduan yang perlu diambil kira oleh pembeli baru sebelum membeli rumah pertama mereka.

Bagaimana Nak Guna Peraturan 3-3-5?




author

Author Name

Author Description!

Get Free Email Updates to your Inbox!

Post a Comment

www.CodeNirvana.in

Translate

Total Pageviews

Copyright © MY HIJRAH PORTFOLIO | Blogger Templates | Designed By Code Nirvana